Hanya Mampu Merancang

Hari demi hari ,ya aku menukilankan tentang putaran bumi yang berputar mengikut Orbit nya .


Maksud kau ? 


Maksud aku masa .


Tinggal sisa - sisa hari lagi aku perlu catch up untuk menelan segala ilmu selama 2 tahun aku bergelar pelajar di sesebuah sekolah nun sana .


Aku serabut 


Kerana memikirkan masa depan yang belum ketahui keputusannya ,dan aku sebagai insan kerdil ciptaan Tuhan hanya mampu merancang ,kerana Dia yang tentu kan .Aku mahu menjadi insan yang berpandang jauh dan optimistik .


Aku mahu mengukir nama baik di penca pesada dan menjadi benteng negara .Soal keluarga ? Itu pun aku telah fikirkan .


Ya ,baru aku tahu kesusahan ibu dan bapa membina keluarga dari berbumbung kan rumah usang sehingga ke rumah batu .Mengeluarkan sejumlah wang untuk membiayai pakaian dan sesuap nasi .


Aku menjadi takut..
Takut kerana tidak mampu untuk membahagiakan keluarga aku ,tetapi aku yakin dengan usaha aku serta diiringi doa .Tuhan pasti tolong insan Nya ini .


Kerana
Aku hanya mampu merancang .