Seorang Saudagar

Semalam adalah sejarah ,kerana hari ini adalah permulaan nafas aku (syukur) 


Apakah aku sudah bersedia untuk menjadi seorang berjaya ? Oh sekejap ! Layak ke aku ? Mampu ke aku nak berhadapan dengan masyarakat Malaysia diluar sana yang mecairkan otak untuk berfikir soal negara ,politik ,kerja atau lain lain hal ? 


Kau bersedia Putera ? 


Uhmm ,mungkin aku tidak atau mungkin juga sudah .Tetapi aku takut jika aku menjadi seorang yang lemah ,dimata orang orang yang aku sayang 


Aku ulang ,orang yang aku sayang ! 


Ya ! 
Aku perlu bersedia dari sekarang ! Bila lagi ? Sekarang ,untuk menyusun sisa sisa hidup yang aku tidak tahu bila akan dikutip oleh Nya 


Selagi aku bernafas ,aku akan lakukan yang terbaik dan sanggup menari mengikut rentak bernama perubahan .Aku akan bergerak seiring alunan yang bernama kemodenan .


Aku sanggup 
Sanggup...


Mengharungi onak dan duri dan swadaya yang menyingkirkan pengaruh negatif dari luar .


Terima kasih seorang saudagar .