Hapuskan

Apa nak jadi dengan kau ni ,asyik bergaduh saja !
Seorang bapa memarahi anaknya akibat pergaduhan disekolah 

Aku lihat mengunakan mata yang dikurniakan (bersyukur) didada dada akhbar ,realiti kehidupan tentang manusia ciptaan Tuhan yang masih lagi di alam persekolahan
Kenapa dengan mereka ?

Kenapa kau kata ? Lihat ! Apa yang kita dengar ,lihat sekarang ? Pergaduhan berleluasa ,kononnya ingin menjadi samseng tetapi disebalik diri ,mereka tidak sedar yang mereka masih dibuai oleh ibu bapa yang menanti sisa sisa hari untuk menghadap Tuhan yang Maha Esa

Dimana letaknya prinsip atau akal fikiran yang telah diberi kepada mereka untuk perjalanan hidup yang masih jauh ? Peribahasa melayu ada mengatakan ,sayang anak tangan tangankan tapi adakah kita seperti itu untuk mengajar mereka ?

Tidak !
Adakah ini generasi akan datang sebagai pelapis masyarakat bagi membangunkan ekonomi serta menjaga imej negara ? Pergaulan sosial juga perlu dijaga batasnya ,supaya mereka tidak terjebak seperti manusia disengat lebah ,susah nak hilangkan parutnya 

Banyak persoalan yang terlintas difikiran aku sebagai sebahagian daripada masyarakat Malaysia ,bagi aku ini semua perlu dihapuskan !