Kita

Perlawanan Malaysia VS Indonesia
Didada dada akhbar

Aku berada di restoran ketika itu ,aku lihat manusia manusia yang dikenali sebagai rakyat Malaysia berkumpul untuk menonton perlawanan bola sepak tersebut .

Aku terfikir...
Ya sekadar terlintas apabila mereka bersorak atas jaringan gol Malaysia

Semua orang bangun kegembiraan ,ada yang angkat kerusi ,berdiri atas meja , berpelukkan ,menangis tak terkata .Kenapa kita tidak begitu dalam apa jua keadaan ?
Tak faham ?

Maksud aku , Kenapa tunggu perlawanan seperti bola sepak contohnya baru kita nak bersatu padu ? Kenapa masih lagi ada hasad dengki ,sikap sombong dan angkuh yang tertanam pada diri sendiri ? Kenapa perlu menunggu saat saat begitu baru kita mahu bersikap positif tapi tidak ketika realiti ?

Sampai bila ?
Jika semua rakyat Malaysia buang sikap itu ,pasti negara aman ,tidak ada pertelingkahan dan juga Racist antara kaum yang kini berleluasa sehingga memburukkan imej negara

Contohi negara negara luar ,mungkin dari segi sosial mereka agak bebas tetapi sikap bersatu padu ,bekerjasama antara satu sama lain

Mengapa kita masih berpecah belah ? Kenyang la Yu bila jong pecah ,hilang la tanda dalam sejarah .