Ulang Tahun

..3 , 2 , 1 ! 
*Tik !


Jarum menunjukkan tepat pukul 12:00 pagi ,23/11/2011
Kenapa dengan tarikh ni ?

Tarikh ini sangat bermakna bagi aku ,tarikh ni adalah permulaan cinta aku yang sebenar .
Dengan siapa kau bersama ? 

Biar aku mulakan ,seorang insan kerdil ciptaan tuhan ni telah banyak mengorbankan hidupnya untuk diri aku .Aku tak pernah jumpa perempuan yang tabah dan kuat macam dia ,semestinya dia menjadi pilihan 1000 lelaki yang berada diuar sana .Haha tetapi maaf ,mungkin aku sudah bosan hidup keseorangan melihat kawan kawan ku yang mempunyai teman tapi aku hanya menjadi seperti peribahasa melayu ,melukut di tepi gantang dan aku telah mencuri hatinya dulu ,maaf haha 

Dia terlalu bermakna bagi aku .Bermakna seperti mana seorang perempuan yang cantik berada didalam botol dan tidak mampu untuk disentuh ,hanya lelaki pilihan dia yang mampu menjaganya bak kata Amerika "Best Man Win" 

Selama 6 bulan hidup bersama ,bermacam dugaan yang kami tempuhi .Mungkin kadang kadang kami tidak terdaya lagi ,tetapi dengan niat yang betul dan cinta yang kuat aku tahu dia tabah menghadapinya .Kasih sayang yang dicurahkan kepada aku ,seperti dimandikan dengan emas ! Menjaga aku seperti menjaga maruah dan nyawa ! Pengorbanan yang diberikan seperti 1000 dalam 1 .

Yela ,aku tanya siapa perempuan yang kau cakap kan ni ? 

Maaf, aku lupa nak bagitahu .Nama dia ,Siti Zulaikha binti Shawal
Selamat ulang tahun sayang ,saya tak nak 6 bulan .

Kerana...
Saya nak selama lamanya .