Sejarah "Putera Muzaffar"

Ini bukan rekaan semata-mata ,ini diri aku .
Ya ,aku yang sebenar yang hanya korang lihat dari segi fizikal sahaja .Jadi ,baca jika sudi .Jangan baca jika rasa rugi .

Putera Muhammad Muzaffar nama sebenar aku ,tetapi ada rahsia disebalik nama .Pada mulanya kedua orang tua aku hanya letak nama "Muhammad Muzaffar" tapi telah berubah setelah bapa aku jumpa dengan DYMM Raja Zarith Sofiah Idris 
Kenapa ? 
Maaf ,itu adalah "rahsia disebalik nama"

Aku mula menimba ilmu disebuah alma mater iaitu tadika agama di Kuala Lumpur (Lupa kat mana) dan pernah memasuki tadika Al-Hidayah di Uda ,Johor Bahru .Semasa kecil ,ibu ku kata aku suka menyanyi lagu bahasa inggeris (tapi satu apa pun tak faham) biasa lah budak kecil .Ketika di tadika aku tidak pernah potong rambut ,rambut aku panjang sehingga ke paras pinggang (itu adalah pertama kali dalam hidup) 

Alma mater seterusnya di sekolah rendah .Aku dimasukkan ke Sek. Ren. Bandar Baru Uda 2 dari 2001 - 2003 kemudian berpindah ke Sek. Ren. Tanjung Puteri sehingga tamat darjah 6 .Pada zaman sekolah rendah ,aku tak seperti aku yang sekarang .Dahulunya aku seorang yang skema ,seluar ke atas .Disebabkan aku suka membaca ,cikgu jadikan sebagai Pengawas Perpustakaan 

Setelah memperolehi keputusan UPSR ,arwah ayah aku kata "Putera nak sekolah mana mana dalam dunia ni bole ! Putera cakap je !" masa tu apa yang aku tahu sekolah Tasek Utara 2 dan English College .Aku buat keputusan nak masuk ke English College ,disebabkan ibu aku tak bagi .Aku terpaksa masuk ke Sek. Men. Keb. Tasek Utara 2 .

Bermula menjadi seorang remaja disekolah menengah ini ,banyak kenangan dan pengalaman yang tidak akan sesekali aku lupa ! 

Tingkatan 1 :
  • Aku berpeluang bercakap dihadapan semua pelajar dengan membaca text yang diberi ,dan secara tiba tiba suara aku pecah .Itu sangat memalukan ,dengan muka slumber aku senyum pusing dan blah ! 
  • Aku menyertai Kadet Pertahanan Awam
  • Ponteng kelas selama seminggu dari pagi sehingga tamat waktu belajar kerana terpengaruh oleh salah seorang pelajar tingkatan 5 dan aku orang pertama budak tingkatan 1 yang tahu semua rahsia port aktiviti cabut pelajar sekolah ini
Tingkatan 2 :
  • Dianugerahkan Lans Koperal Termuda didalam Kadet Pertahanan Awam 
  • Mewakili negeri Johor dalam program Gala Kebangsaan ,di Negeri Sembilan dan mendapat tempat ke-2 dalam pertandingan Kayak dan zapin
  • Mula terpegaruh dengan Drum
Tingkatan 3 :
  • Mendapat pangkat Koperal ,dan mula belajar cara mengajar kawad dengan betul sehingga disimbah air ,jadi tugu ditengah tengah dataran ,berguling sehingga muntah dan lain lain lagi denda yang agak extreme 
  • Kepala digunting sehingga botak tapak 3 ,untuk pertandingan kawad kaki ,dan mendapat tempat ke-3 (kalau tahu aku buat tapak 1)
  • Bermain kugiran iaitu "The Moonson" dan telah membuat 8 persembahan
Tingkatan 4 :
  • Jadi Drummer untuk okestra ,dan bergabung dengan High School Penang 
  • Menjadi Fotographer sekolah
  • Dinaikkan pangkat Sargeant selama 2 tahun didalam KPA
  • Ketua Kontinjen pada hari sukan tahunan
  • Menari tarian China India dan Melayu untuk sambutan 1 Malaysia 
  • Dapat anugerah Cemerlang Kokurikulum
Tingkatan 5 :
  • Aku menjadi photo manipulation distudio sekolah ini
  • Mengajar budak tingkatan 1 bermain drum nak cari pelapis
  • Mengambil 7 pas keluar kelas cikgu ,dan misi berjaya
  • Pakai kasut sport macam main badminton tu bawa pergi sekolah
Aku juga pernah mencipta komuniti dan kumpulan tarian pada 2007-2009 .Pernah bekerja di McDonald ,penjual jambu tepi jalan ,pembancuh shisha ,Catering ,penjual baju berkatalog ,kantin di Mahkamah graphic designer freelancer .Aku berzodiak Leo ,mempunyai special girlfriend Siti Zulaikha Binti Shawal .Ada 2 band iaitu Neo dan The Monsoon .Aku tidak menghisap rokok tetapi shisha .


Jangan kata kau kenal aku ,ini kenyataannya .

Sekian ,terima kasih .