Sekarang ,sudah masuk 7 bulan kami bersama memerahkan cinta untuk bersama dan segala dugaan yang datang ,alhamdulillah (bersyukur) kerana semuanya selesai dengan sempurna tidak ada yang berperang dan merobek jiwa
Dia seorang insan yang tabah bagi aku ,aku telah mula bekerja untuk sementara waktu ini dan jarang bertemu matahari kerana pergi petang balik pagi itu rutin seharian aku yang membosankan
Setiap hari ,dia tidak pernah lekang dan bosan menunggu aku pulang sanggup bertahan mata ibarat meletak batu diatas bahu .Begitu penat dia menunggu aku sehingga selesai waktu
Selama 7 bulan ,dugaan untuk kami melangkah ke peringkat seterusnya semestinya ada kerana di situ la pengalaman dan cabaran yang kami perlu belajar untuk mematangkan diri
Aku gembira ,aku gembira ,aku gembira
Ke hadrat ilahi kerana dikurniakan seorang wanita yang pandai menjaga hati dan memahami aku
Sejarah tidak aku terulang kembali ,itu aku kini sehingga akhir waktu aku berdiri sebagai manusia dan akhir sekali disini semua datang dari Nya
Yang Maha Esa ,
Amin .
